Benarkah Karam Singh Walia hina Melayu?

View previous topic View next topic Go down

Benarkah Karam Singh Walia hina Melayu?

Post  inxps on Tue Jan 04, 2011 12:54 am

Wartawan TV yang terkenal dengan adunan pepatah dan pantun2 Melayu di TV Swasta dikatakan menghina orang Melayu itu sendiri. Ingatkan suka kat melayu, sebab tu suka pepatah/pantun Melayu, ropenya itu sumer gimik untuk jadi famous, hakikatnya dalam hati...

Nilai2kan..

Wartawan TV hina orang Melayu

SHAH ALAM – Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.

Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar.


inxps

Posts : 26
Tahap Taiko : 77
Join date : 2010-12-25
Location : Riyadh, KSA

http://inxps.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum