Laksam Kelate

View previous topic View next topic Go down

Laksam Kelate

Post  inxps on Sun Dec 26, 2010 10:37 pm



Bahan-bahan ( 2-3 orang )
* 3cawan tepung beras
* 1/2 cawan tepung gandum
* 4 cawan air suam

Bahan kuah:
* Ikan(direbus dan dibuang tulang)
* Sedikit halia, bawang putih, bawang merah/besar dan lada hitam/serbuk lada hitam
* Santan
* Asam keping
* Sedikit garam, gula merah/gula

Bahan ulam:
* timun,
* kcg panjang
* taugeh
* daun kesum(dipotong halus)

Cili:
* cili merah
* belacan
* garam
* limau

Cara-cara

1. Cara buat laksam:
Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

2. Untuk kuah:
Kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

3. Untuk cili:
Cili merah tumbuk dgn belacan,tambah garam skit dan perahkan limau.

Selamat mencuba !!
p/s - Dipetik dari Laksam

inxps

Posts : 26
Tahap Taiko : 77
Join date : 2010-12-25
Location : Riyadh, KSA

http://inxps.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum